top of page

Ahli politik Pas hilang semangat bangunkan Kelantan, Islam



Pemimpin dan Ahli Parlimen Pas dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 kelihatan hanya mempertahankan polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan tidak ada yang berani menegur peruntukan membazir atau kekurangan pengagihan pembangunan ke Kelantan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sikap para pemimpin Pas tersebut amat bertentangan dengan perjuangan mereka sejak era kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sering menegur perbelanjaan tidak munasabah Kerajaan Persekutuan dan memperjuangkan pembangunan untuk negeri Kelantan.


Kata Azan, pimpinan Pas kini seolah-olah telah 'digula-gulakan' oleh pemimpin PN sehingga mereka gagal menyuarakan keutamaan pembangunan di Kelantan yang telah 30 tahun ditindas kerajaan BN sebelum ini.


"Pimpinan Pas ini macam telah "digula-gulakan" dengan kenaikkan gaji, elaun, persetujuan beli kereta mewah dan sebagainya. Jadi mereka sekarang ikut rentak Umno yang dulu, suka membazir dalam berbelanja. Sekarang Pas, Umno, PN ke semua mereka berperangai suka bermewah-mewah.


"Bagi saya, ia agak logik (dengan sikap bermewah) apabila mereka (Pas) tidak membantah langsung belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini.


"Tidak ada seorang pun yang bangun bantah (seperti Ahli Parlimen era Nik Aziz), sebab itu saya kata Pas yang asal di bawah Allahyarham Nik Aziz sudah tiada dan sekarang Pas hanya tinggal nama. Sedangkan pentadbiran dan misi mereka sama seperti kaedah Umno dan PN," katanya kepada Suara Keadilan.


Untuk rekod, Belanjawan 2021 tidak menyenaraikan peruntukan pembangunan khusus buat Kelantan sebagaimana diharapkan rakyat. Terutama dalam peruntukan besar-besaran membaikpulih bekalan air bersih yang menjadi kontroversi sejak bertahun-tahun lalu.


Sebaliknya, peruntukan pembangunan buat negeri itu hanya dibentangkan dalam senarai projek pembangunan biasa seperti pembinaan jalan, jambatan dan sebagainya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page