top of page

Ahli politik jangan jadikan isu Jalur Gemilang terbalik bahan kontroversi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 minutes ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkan isu pemasangan Jalur Gemilang kepada pihak berkuasa mengikut undang-undang serta prosedur ditetapkan tanpa menjadikannya kontroversi atau perbalahan.


Demikian peringatan diberikan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing sambil menyifatkan adalah penting bagi masyarakat mempertahankan kedaulatan negara dan lambang identiti, iaitu Jalur Gemilang tanpa sebarang kompromi terhadap ketegasan prinsip tersebut.


Namun ujarnya, keterlibatan ahli politik yang keterlaluan dan beremosi dalam perkara berkenaan langsung tidak membantu bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.

Tan Kar Hing
Tan Kar Hing

"Jika kesilapan itu dilakukan atas kecuaian, tanggungjawab kita adalah untuk mendidik dan menyampaikan kempen kesedaran secara efektif berdasarkan kepada akta dan garis panduan pemakaian Jalur Gemilang, kecuali mereka yang benar-benar berniat untuk menghina dan berniat jahat.


"Kita harus sedar dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI) terkini, Jalur Gemilang bukan sekadar dipaparkan atas tiang bendera, tetapi pada jersi sukan, rekaan kreatif, gambar AI, dan produk cetakan dalam talian.


"Jangan lupa pernah berlaku kesilapan kerana kecuaian teknikal dalam proses rekaan AI," katanya dalam satu kenyataan.


Ujar Kar Hing lagi, Jalur Gemilang merupakan lambang perpaduan negara dan bukannya alat yang dibawa oleh ahli politik demi kepentingan modal politik.


Oleh itu katanya, isu tersebut tidak wajar dijadikan ‘deterrent’ kerana dalam jangka panjang ia akan melemahkan semangat perpaduan rakyat terhadap negara.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page