top of page

Ahli Parlimen Wilayah perlu jadi pembuat dasar DBKL



Keputusan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming semalam mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan mesyuarat bulanan bersama Ahli ahli Parlimen Wilayah Persekutuan biar pun satu perkembangan baik namun perlu diperhalusi peranan para wakil rakyat terbabit.


Menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, mesyuarat Ahli Parlimen bersama Menteri Wilayah sebelum ini pernah diadakan, bagaimanapun beliau berpendapat fungsi yang lebih baik adalah wakil rakyat tersebut dijadikan pemantau kepada DBKL.


"Saya harap peranan wakil rakyat kena lebih kepada pembuat dasar. Sekadar jumpa, beritahu masalah kawasan itu biasa.


"Setahu saya apa yang dibentang dalam mesyuarat lebih kepada masalah kawasan masing masing, lif rosak, jalan berlubang dan sebagainya.


"Perbincangan dalam majlis bersama Menteri tidak kepada membuat dasar. Datuk Bandar yang buat keputusan. Ahli Parlimen memang tak ada peranan langsung.


"Hal ini (Datuk Bandar buat keputusan) ada dalam Akta DBKL yang membuat dia berbeza dari Pihak Berkuasa Tempatan yang lain," katanya.


Beliau berharap reformasi dilakukan oleh kerajaan baharu dilakukan secara menyeluruh dan jika perlu peranan wakil rakyat dalam DBKL dibahaskan di Dewan Rakyat, atau dilakukan pindaan Akta DBKL untuk menjamin keberkesanannya.


"Reformasi kena betul betul jelaskan peranan Ahli Parlimen. Mungkin kena bawa ke parlimen, apa peranan wakil rakyat di Wilayah Persekutuan (dalam DBKL).


"Kalau sekadar nak wujudkan semula majlis (mesyuarat) bersama Menteri Wilayah, sekarang menteri tak ada maka jumpa Datuk Bandar ia tidak jelas kesannya," kata beliau lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page