top of page

Ahli Parlimen Wangsa Maju sumbang 100 beg sekolah



Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew baru-baru ini menyumbang beg sekolah kepada 100 pelajar dalam program Back To School di kawasan Parlimen beliau.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, biasanya program Back To School dianjurkan sebelum sekolah dibuka pada hujung tahun. Bagaimanapun dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekolah hanya dibuka pada Mac maka program ditangguhkan selama 2 bulan.


Katanya, program pertama dianjurkan di Flat Danau Kota yang merupakan salah satu kawasan perumahan padat penduduk mempunyai hampir 2,000 unit rumah dan terdapat banyak golongan B40 di sana.


"Kami mendapat maklum balas, dalam sesi persekolahan yang dibuka secara tergesa-gesa, ramai tidak sempat untuk mendapatkan baju dan beg sekolah.


"Sedikit bantuan ini kami berharap dapat mengurangkan beban keluarga yang kurang kemampuan," kata Andre yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju.


Katanya, selain Flat Danau Kota, program sumbangan itu juga dibuat di beberapa kawasan seperti Seksyen 1, 2, PPR Wangsa Sari, PPR Sri Langkawi, PPR Gombak Setia dan Kampung Sungai Mulia.


Menurut Persatuan Penduduk Flat Danau Kota, saudara Kamaruldzaman, sumbangan itu sedikit membantu penduduk mempersiapkan kelengkapan pembelajaran anak-anak mereka apabila sekolah dibuka.


"Saya mewakili penduduk di Danau Kota berterima kasih atas keprihatinan Datin Paduka yang sentiasa menjaga kebajikan penduduk di Wangsa Maju,” katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page