top of page

Ahli Parlimen Wangsa Maju prihatin penderitaan pemandu teksi



Pemandu teksi adalah antara golongan yang paling terkesan dengan kemerosotan ekonomi susulan pandemik Covid 19.


Sebelum pandemik mereka telah bersaing dengan perkhidmatan e-panggilan Grab Car dan kini keadaan semakin meruncing apabila lebih ramai penumpang duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengambil inisiatif memberi sumbangan makanan kepada pemandu teksi di hentian teksi Batu 5, Jalan Gombak baru-baru ini.


Menurut Dr Tan, sumbangan yang diberi kepada pemandu teksi di hentian teksi di hadapan pasar raya OTK itu sedikitnya mampu meringankan beban para pemandu di samping bertanya khabar mengenai industri teksi.


"Ada pemandu mengadu mereka menunggu penumpang pada awal pagi dan tidak memperoleh RM 10 sehingga tengah hari. Mereka rugi kerana kos sewa kereta sehari mencecah RM40, tidak termasuk duit minyak dan tol. Pemandu teksi juga mengeluh sehingga kini mereka belum mendapat bantuan dari kerajaan.

"Pemandu juga mengadu sebelum Covid 19 bermula, pendapatan mereka sudah terjejas akibat saingan daripada Grab. Keadaan lebih buruk selepas PKP apabila kerajaan sekarang tidak mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan bebanan," katanya.


Kata Dr Tan, krisis yang berlanjutan memaksa pemandu teksi mengharungi situasi 'kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang'. Dalam keadaan yang tidak menentu sekarang para pemandu juga tidak mungkin mencari pekerjaan lain.


"Sewaktu kami mengedarkan makanan di Jalan Gombak, pemandu teksi yang berpengkalan di tempat lain juga datang apabila mendapat berita terdapat pengedaran sumbangan. Mereka juga mengalami masalah sama dan berharap wakil rakyat dapat menolong mereka," katanya.


Oleh itu, Dr Tan berharap dalam masa terdekat beliau dan pasukan KEADILAN Wangsa Maju boleh menyediakan 300 set bantuan makanan untuk para pemandu teksi dalam kawasan Parlimen itu.


Beliau juga berharap para penderma boleh memberi sumbangan. Sumbangan yang diperlukan, kata Dr Tan, merupakan makanan asas seperti beras, minyak, bihun, mi, gula, susu pekat, sardin dalam tin dan makanan kering. Penderma yang berminat untuk membantu boleh menghubungi Cik Chong di talian 011-39350076.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page