Ahli Parlimen Wangsa Maju beri sumbangan kewangan kepada 56 surau



Sempena bulan Ramadan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew memberi peruntukan membaikpulih dan menaik taraf kemudahan surau kepada lebih 56 buah surau dalam kawasan Parlimen tersebut.


"Jumlah keseluruhan peruntukan projek ini adalah sebanyak RM 185,000. Manakala surau-surau yang tidak memohon akan menerima sumbangan RM 2,000," umum Dr Tan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Pemberian Sumbangan di Dewan Masyarakat Taman Medan Idaman, kelmarin.


Dalam ucapan itu juga Dr Tan menyeru agar komuniti setempat memperkukuhkan semangat toleransi antara kaum dan menolak sebarang cubaan menyemai sentimen serta kebencian kaum di Wangsa Maju


"Dengan sumbangan ini, saya amat berharap surau-surau dapat memain peranan memupuk semangat muhibbah di kawasan masing-masing," katanya di hadapan 80 kariah surau yang hadir.


Mengulas isu sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai berkata, kesempatan untuk bersama sama menunaikan ibadah pada bulan Ramadan ini seharusnya merapatkan hubungan dalam kawasan kejiranan dan menjadikan masyarakat bersatu padu.


"Kita tahu surau menjadi pusat tumpuan umat Islam, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Di mana ibadah solat sunat tarawih telah pun dibenarkan. Oleh itu, sumbangan ini dapat menyuntik semangat dan melicinkan semua perancangan AJK surau-surau terbabit.



Wakil surau hadir menerima sumbangan dan berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Wangsa Maju


“Walaupun saya maklum sekarang di media sosial sedang hangat dengan perang kempen menjelang pemilihan parti KEADILAN, tanggungjawab kepada masyarakat setempat tidak boleh diabaikan.


"Atas sebab itu, kami dari pihak Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju tetap turun menyantuni penduduk-penduduk Wangsa Maju," katanya.


Menurut Andre lagi, pelbagai program dirangka pada Ramadan ini sehingga menjelang Hari Raya nanti. Termasuklah jelajah berbuka puasa bersama komuniti setempat dan akan diteruskan dengan program sambutan Hari Raya Aidilfitri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER