top of page

Ahli Parlimen Wangsa Maju bantu pekerja dikurangkan gaji waktu PKP

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 19, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew membantu seorang pekerja kebersihan yang dikurangi gaji sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), baru-baru ini


Menurut Dr Tan, Kalai, seorang tukang sapu sampah mengajukan aduan kepadanya sewaktu beliau mengedarkan bakul makanan di Seksyen 1, Wangsa Maju.


Katanya, Kalai memberitahunya majikan beliau telah memotong RM500 daripada gajinya atas alasan tidak dapat bekerja ketika PKPD lalu.


"Saya segera mengambil aduannya dan terus menghubungi majikan Kalai bagi mendapatkan penjelasan.


"Pengurus beliau hadir ke pejabat saya untuk membayar semula RM500 yang dipotong itu kepada Kalai.


"Kalai sangat gembira dengan berita ini. Wang itu sangat penting kerana dia bukannya orang senang, wang itu diperlukan untuk biaya peperiksaan SPM anaknya," kata Dr Tan.


Menurut beliau lagi, walaupun kes Kalai selesai tetapi beliau tahu masih ramai lagi pekerja bawahan yang menghadapi masalah dan mereka terpaksa menerima sahaja apa yang dikatakan oleh majikan. Tanpa bantuan para pekerja itu menerima sahaja apa yang berlaku ke atas mereka.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page