
Penduduk Flat Taman Melati, Blok A, Wangsa Maju baru baru ini ditimpa musibah angin ribut yang menerbangkan bumbung kediaman mereka.
Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew, unit unit rumah di tingkat atas flat berkenaan rosak teruk akibat ribut menyebabkan kehilangan siling dan bumbung.
Beliau yang melawat kawasan bencana itu mengarahkan bantuan segera dihulurkan.
"Dalam perbincangan awal dengan wakil penduduk tindakan segera yang diputuskan ialah membeli kanvas untuk menutup bumbung rumah di tingkat atas untuk sementara waktu.
"Pihak kontraktor akan menilai kerja-kerja membaikpulih bumbung dan siling. Pihak kami juga akan menilai harta benda penduduk yang rosak akibat ribut
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Skuad Jejak Asnaf MAIWP daripada Baitulmal yang turut hadir menyumbangkan bantuan keperluan rumah kepada keluarga-keluarga yang terkesan," katanya sewaktu melawat tempat kejadian.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Pengurus DBKL Cawangan Wangsa MajuEn Yusman, En Abu Bakar, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Kawasan 4A dan Mohd Azhar Md Rosdy, Pengerusi Persatuan Penduduk Kawasan 4A yang banyak membantu menguruskan keperluan penduduk.