top of page

Ahli Parlimen Wangsa Maju anjur program jelajah berbuka puasa





Bulan Ramadan tahun ini diserikan dengan program Jelajah Berbuka Wangsa Maju oleh Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju. Setelah hampir 2 tahun dikekang SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan, tahun ini sedikit kelainan dapat dinikmati apabila ukhwah dan perpaduan kembali bertaut semula.


Jelajah bermula dengan Majlis Berbuka Puasa bersama parti komponen Pakatan Harapan, Amanah Kawasan Wangsa Maju pada awal minggu lepas dan diikuti Majlis bersama AJK Bazaria Uptown Danau Kota juga Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti Penduduk Danau Kota.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata untuk bulan Ramadan ini beliau telah menyediakan dua projek utama, iaitu sumbangan membaikpulih dan menaik taraf kemudahan untuk semua surau-surau di Wangsa Maju dan program Sumbangan Hari Raya untuk 500 keluarga terpilih di Wangsa Maju


"Saya telah memperuntukkan sejumlah RM 185,000 untuk 56 buah surau bagi kerja-kerja menaik taraf fasiliti. Surau-surau yang tidak memohon peruntukan ini pula akan diberi sumbangan RM 2,000,” kata Dr Tan.


Dalam pada itu, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Andre Lai berkata, program bersama masyarakat itu dianjurkan bagi memperkukuhkan hubungan berbilang kaum di kawasan berkenaan.


"Kita mensasarkan program bersama semua komuniti penduduk di Wangsa Maju, sama ada program berbuka puasa atau sambutan hari raya, tujuannya untuk memperkukuhkan sekaligus menyantuni penduduk-penduduk di Wangsa Maju.


"Kita mahu semua masyarakat tidak kira agama ataupun bangsa bersatu atas semangat muhibbah. Sekarang bulan Ramadan, bulan yang mulia, memang masa yang tepat untuk kita semua mengenepikan perbezaan dan duduk semeja bersama," katanya.


Beberapa lagi program berbuka puasa turut dirancang, antaranya bersama komuniti penduduk Kg Padang Balang, Kg Sg Mulia, Flat Sri Langkawi. Program ini akan berjalan sehingga penghujung Ramadan dan akan disambung dengan program Sambutan Hari Raya bersama komuniti penduduk di sekitar Wangsa Maju.



Penduduk bergambar bersama Datin Paduka Dr Tan dan Adre Lai (dua dari kanan)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page