top of page

Ahli Parlimen Wangsa Maju anjur kempen pendaftaran, pengesahan vaksinasi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 24, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 22, 2021


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datik Paduka Dr Tan Yee Kew menganjurkan kempen pendaftaran dan pengesahan tarikh menerima vaksin Covid 19 bagi penduduk kawasan Parlimen tersebut secara atas talian dan menggunakan media sosial.


Menurut beliau masih banyak penduduk yang belum mendaftar dan diharapkan dengan kempen itu pendaftaran akan lebih giat.


"Saya difahamkan ramai penduduk masih belum dapat tarikh untuk suntikan vaksin walaupun sudah mendaftar.


"Terdapat juga penduduk yang masih belum mendaftar. Pejabat saya bersedia untuk membantu anda dapatkan vaksin dengan secepat mungkin.


"Penduduk boleh menghubungi kami melalui telefon atau aplikasi WhatsApp untuk kemudahan urusan," katanya.


Menurut Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju, pemohon yang mahu mengambil vaksin perlu menyediakan: Nama seperti di Kad Pengenalan, No. Kad Pengenalan, Alamat dan ID MySejahtera.


Manakala untuk mendapatkan ID Mysejahtera mereka perlu: Buka aplikasi MySejahtera > tekan Close > tekan Profile


Bagi yang tiada aplikasi MySejahtera atau WhatsApp maka boleh berhubung secara langsung di talian telefon 0199319116 untuk mendapatkan bantuan. Nombor yang diberikan juga boleh digunakan untuk berhubung secara WhatsApp.



Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page