top of page

Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov



Semua ahli Parlimen diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November 2024.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pemeriksaan kesihatan itu sudah dilaksana tahun lalu dan ia sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada peringkat awal, seterusnya membolehkan langkah pencegahan segera diambil.


"Tanpa pengecualian. Surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu sudah diedarkan kepada Yang Berhormat.


"Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen atau di fasiliti swasta.


"Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan ini terkandung dalam surat tersebut. Pemeriksaan kesihatan ini adalah wajib dijalani oleh semua Yang Berhormat dan tarikh akhir menjalaninya pada Isnin, 11 November 2024," katanya dipetik.


Beliau turut menegaskan, mana-mana Ahli Dewan Rakyat gagal berbuat demikian, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen.


Tambah beliau, sebarang pertanyaan mengenai pemeriksaan kesihatan berkenaan boleh diajukan kepada Ketua Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia, Datuk Dr Murugesu Raju.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page