Ahli Parlimen tidak divaksin: Kerajaan gagal disiplinkan anggota sendiri?


Keengganan beberapa Ahli Parlimen untuk mengambil vaksin Covid 19 mengejutkan rakyat di seluruh negara.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Mohd Hafiz Mohamad, keadaan itu menimbulkan tanda tanya kerana Ahli Parlimen adalah pembuat undang-undnag.


Menurut beliau, meskipun mengambil vakisn tidak diwajibkan namun sebagai penggubal dasar Ahli Parlimen seharusnya menunjukkan tauladan yang baik dalam menggalakkan rakyat mendaftar dan mengambil vaksin.


"Mengikuti perbahasan yang disampaikan oleh Ketua AMK Malaysia, YB Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru dalam Mesyuarat Khas Parlimen, saya menyokong penuh perkara yang dibangkitkan berhubung pendedahan beliau mengenai terdapat beberapa Ahli Parlimen yang sehingga hari ini masih enggan divaksin tanpa sebab-sebab yang jelas.


Mohd Hafiz Mohamad

"Apa juga alasan bagi mengelak diri daripada divaksin adalah tidak boleh diterima sama sekali melainkan terdapat faktor-faktor kesihatan yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih mengecewakan apabila individu yang didakwa enggan divaksin ini merupakan Ahli Parlimen yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat.


"Sikap segelintir Ahli Parlimen ini menjadi petunjuk betapa bercelarunya Kerajaan Perikatan Nasional dalam mengurus pandemik Covid-19. Tindakan Ahli Parlimen yang enggan divaksin ibarat ‘cuba memadam api, tapi badan sendiri disimbah dengan petrol’," katanya kesal.


Menurut Hafiz, pihak pembangkang telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam kempen memerangi Covid 19.


Namun katanya, pihak kerajaan pula sewajarnya menunjukkan sikap yang saling menyokong semasa mereka.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang bersama saf kepimpinan Pakatan Harapan telah berusaha sebaik mungkin untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan dan mengenepikan perbezaan politik demi menyelamatkan rakyat.


"Tetapi sikap Ahli Parlimen Kerajaan yang mengelak daripada divaksin ini seolah-olah menjadi talibarut yang meletakkan ramai pihak dalam bahaya.


"Cukup-cukuplah menguji kesabaran rakyat. Kami anak muda mendesak Speaker Dewan Rakyat untuk mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang masih enggan divaksin.


"Jika tidak, amat wajar untuk Speaker Dewan Rakyat, Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi untuk meletak jawatan kerana gagal menangani urusan vaksinaisasi dalam kalangan anggota Kerajaan sendiri," kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER