top of page

Ahli Parlimen Tebrau bantu kediaman ibu tunggal digenangi air

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 26, 2020
  • 1 min read


Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon membantu seorang ibu tunggal yang menghadapi mengalami masalah rumah ditenggelami air bertakungan ketika hujan lebat.


Menurut Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Pusat itu, pusat khidmat beliau baru-baru ini telah bertindak membina parit dari kawasan rumah tersebut ke saliran terdekat.


"Masalah ini telah berlaku lama dan sudah diajukan kepada pelbagai pihak akan tetapi tiada tindakan.


"Mujur masalah ini didengari oleh petugas kami dan menyampaikan kepada saya untuk diusahakan menangani masalah ini.


"Masalah rakyat, kami peka," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page