Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani baru baru ini membantu gelandangan di kawasan bandar itu secara membekalkan mereka makanan panas.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, keadaan gelandangan yang tidur di tempat awam dan tidak terurus perlu dibela dan diberi sedikit keperluan hidup.
"Keadaan mereka yang kurang terurus dan tidur dalam keadaan yang dingin membuatkan saya kembali menyingkap keselesaan hidup yang kebanyakan kita ada, jika dibandingkan dengan mereka yang tiada apa-apa.
"Mereka hanya mampu mengharapkan belas ihsan dan sedikit bantuan daripada insan yang lebih bernasib baik untuk dikongsi, baik dari segi tenaga, makanan mahupun material.
"Justeru, pada lewat malam ini menerusi pegawai saya, mereka kami jejaki bagi menyampaikan sedikit sumbangan berupa makanan dan minuman kerana sesungguhnya dalam tiap rezeki kita ada rezeki orang lain," katanya.
Kommentare