
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meninjau mangsa ribut di DUN Layang Layang yang menjejaskan banyak rumah.
Katanya, kira kira 20 buah rumah terjejas namun tidak ada yang mengalami kerosakan besar.
"Tiga hari lepas ribut yang bertiup di kawasan Layang-Layang telah menjejaskan hampir 20 buah rumah di kawasan tersebut.
"Saya berkesempatan meninjau sebahagian dari rumah-rumah yang terlibat dan selebihnya disambung oleh pegawai-pegawai saya Hj Sharif dan Hj Zainal dengan ditemani oleh wakil Pejabat Parlimen Simpang Renggam di sana, Tok Jamil dan Tok Lan.
"Saya diberitahu pihak ADUN juga telah berkunjung dengan diiringi oleh agensi kerajaan yang terlibat," katanya.
Dr Maszlee berharap semua keluarga yang diuji dengan musibah agar tabah dan cekal. Beliau juga telah menyalurkan sedikit sumbangan dari Pusat Khidmat Rakyat Simpang Renggam untuk memperbaiki atap rumah penduduk.
Comments