top of page

Ahli parlimen Sg Petani santuni anak yatim di Sg Layar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 29, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru baru ini menyantuni anak anak yatim di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Insan Berkat, Kampung Teluk, Sungai Layar dalam satu majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran pusat berkenaan.


Menurut beliau, pusat jagaan itu telah beroperasi sejak Oktober 2010 dan berkonsepkan kebajikan menaungi serta membela anak fakir miskin dan yatim.


"Terhibur melihat telatah dan kerenah anak-anak comel di pusat jagaan ini. Walaupun merupakan anak yatim, namun ukhuwah sesama mereka cukup erat bagaikan satu keluarga besar yang amat bahagia.


"Jutaan terima kasih kepada ustazah Nazirah dan kakitangan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Insan Berkat atas jemputan," katanya.


Beliau menyeru bagi sesiapa yang berkelapangan dan ingin memberi bantuan boleh menghubungi ustazah Nazirah di talian : 018-2494967/ 011-213071991


Atau salurkan ke akaun 552189523643 (Maybank - PJKKIB), juga boleh melayari laman web : http://pjkinsanberkat.com/

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page