top of page

Ahli Parlimen Sg Petani rasmi kursus solekan artis sempena Hari Wanita



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul semalam hadir merasmikan Program Kursus Makeup Artist (MUA) anjuran Persatuan Belia Nusantara bersama Parlimen Sungai Petani yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita 2022.


Menurut Johari, program julung kali itu menyasarkan golongan belia wanita yang mempunyai minat atau kecenderungan dalam bidang solekan


"Bidang ini dilihat berpotensi dan boleh dijadikan sebagai satu kerjaya yang dapat menghasilkan pendapatan buat mereka kelak.


"Bagi pihak Parlimen Sungai Petani, kita turut menyumbangkan set alat makeup lengkap kepada para peserta yang mengambil bahagian sebagai satu titik asas dan permulaan bagi mereka memulakan kerjaya serta terus maju dalam bidang ini," katanya.


Proram tersebut yang menampilkan cik Putri Nur Jahara, seorang profesional solekan artis sebagai tenaga pengajar.


Nur Juhara akan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada para peserta untuk menghasilkan bakat bakat baharu dalam bidang solekan di daerah tersebut.


"Harapan saya agar kursus ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta.


"Follow up dan pemantauan akan diteruskan melalui whatsapps group bagi memastikan segala ilmu serta input yang diperolehi boleh dikongsi secara bersama.


"Tahniah dan terima kasih kepada tenaga pengajar dan para peserta yang terlibat dalam program ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page