top of page

Ahli Parlimen Sg Petani rasmi pertandingan badminton

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 24, 2022
1 min read


Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru baru ini merasmikan Pertandingan Badminton Kelab Parlimen Sungai Petani yang bertempat di Dewan Badminton Rise International, N-City.


Menurut beliau, kejohanan itu disertai oleh anak anak muda tempatan yang berbakat dalam sukan badminton dan boleh mencungkil bakat bakat baharu di negeri Kedah.


"Penganjuran kejohanan seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang kerana bukan sahaja dapat mencungkil bakat anak-anak muda dalam sukan badminton bahkan turut menjadi wadah penyatuan serta sekaligus dapat menyihatkan badan.


"InshaAllah, saya menyokong penuh penganjuran aktiviti sebegini kerana ianya mendatangkan banyak faedah kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya kepada anak-anak muda," katanya.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page