top of page

Ahli Parlimen Sg Petani raikan kakitangan Parlimen Malaysia

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jun 17, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul meraikan kunjungan kakitangan Bahagian Keselamatan Parlimen Malaysia dalam satu majlis jamuan makan malam di Arab Kitchen, Sungai Petani, semalam.


Menurut Ketua Whip Parlimen KEADILAN itu, rombongan seramai lebih 30 orang tersebut singgah bermalam di Sungai Petani sebelum meneruskan lawatan kerja ke Padang Besar, Perlis pada keesokan harinya.


"Kesempatan yang julung kali ini saya penuhi dengan meluangkan masa untuk beramah mesra bersama mereka yang banyak membantu dalam hal berkaitan dengan urusan di Parlimen khasnya.


"Terima kasih dan penghargaan daripada saya kepada seluruh anggota rombongan Bahagian Keselamatan Parlimen Malaysia yang sudi meluangkan masa untuk singgah di Sungai Petani," katanya.



Kakitangan Parlimen dirai dalam majlis makan malam di Sungai Petani

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page