top of page

Ahli Parlimen Sg Petani penuhi jemputan sempena Krismas

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 24, 2022
1 min read



Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari memenuhi undangan masyarakat beragama Kristian untuk menghadiri majlis sempena Krismas.


Beliau bertemu penganut yang merayakan Krismas di Christ Kingdom Assembly, Taman Ria, Sungai Petani, semalam.


"Semoga kita dapat bersama-sama mengekalkan hubungan yang harmonis antara kaum dan agama, sentiasa bersikap rasional, ketepikan perasaan curiga dan prejudis serta mencari titik persamaan yang boleh kita kongsi bersama dalam menyuburkan amalan saling hormat menghormati antara masyarakat pelbagai agama di negeri ini," katanya.


Penganut Kristian menyambut Hari Natal esok pada 25 Disember.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page