top of page

Bot nelayan Kedah ditahan di Perak: Ahli Parlimen Sg Petani rayu nelayan dihukum ringan



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul semalam bertemu pegawai Jabatan Perikanan Perak susulan insiden penahanan 15 bot bersama 83 nelayan Kuala Muda oleh Jabatan Perikanan Negeri itu pada 29 Ogos 2022 lalu.


Menurut Johari, beliau telah bertemu pegawai yang menguruskan kes tersebut di Lumut, Perak semalam.


"Hari ini, saya telah ke Jeti CPS Kampung Acheh, Lumut Perak bagi bertemu pegawai yang terlibat.


"Saya telah bertemu encik Mansor Yeop, pegawai yang menangani kes ini. Banyak penjelasan yang saya perolehi dari beliau serta telah mencapai beberapa persetujuan dalam pertemuan ini.


"Untuk makluman, laporan bagi kes ini telah dihantar kepada bahagian perundangan di Putrajaya yang kemudiannya akan membuat keputusan dan sebarang tindakan selanjutnya," kata Johari.

Nelayan mahu hukuman lebih ringan dikenakan

Berhubung tindakan Jabatan Perikanan yang akan mengkompaun bot-bot berlesen manakala yang tidak lesen pula akan disita, beliau berharap hukuman yang akan dikenakan tidak terlalu berat dan lebih bersifat amaran.


"Saya akan membuat rayuan kepada bahagian perundangan di Putrajaya supaya sekiranya ada tindakan yang akan dikenakan, ianya dapat diringankan," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page