top of page

Ahli Parlimen Sg Petani lakukan ibadah korban bersama penduduk

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 13, 2022
1 min read


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul melakukan ibadah korban pada hari raya ketiga Aidiladha bertempat di Gelanggang Harimau Perang (PSSGM), Paya Nahu.


Ahli Parlimen Sungai Petani itu kemudian mengagihkan daging korban kepada penduduk setempat.


"Alhamdulillah, ibadah korban berjalan dengan baik serta lancar.


"Daging korban diagihkan kepada penduduk sekitar dan mereka yang memerlukan.


"Saya juga berpeluang bergotong-royong memasak hidangan serta menikmati juadah bersama dengan penduduk di kawasan ini," katanya.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Paya Nahu yang berkerjasama bagi memastikan ibadah korban tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.



Ibadah korban tahun ini lebih meriah kerana masyarakat setempat bergotong royong memasak sup daging


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page