top of page

Ahli Parlimen Sg Petani kemuka usul isu penyorokan beras



Satu usul bagi membincangkan isu penyorokan 180 tan metrik beras putih tempatan (BPT) bernilai RM 405,000 di Kedah telah dikemuka Ahli Parlimen Sungai Petani di Dewan Rakyat semalam.


Dr Mohammed Taufiq Johari dalam satu sidang media berkata, beliau berharap usul itu disegerakan kerana ia memerlukan penjelasan serta siasatan yang menyeluruh agar dapat diselesaikan dengan segera.

"Ini perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana isu kekurangan beras ini telah menjejaskan rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggunakan beras sebagai sumber makanan ruji utama, dan penyorokkan beras berskala besar ini memberi kesan kepada mereka," katanya.


Usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.


Pada 9 Oktober lalu, sebuah kilang di Kedah disita kerana disyaki menyorokkan BPT seberat 180 tan metrik dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,00.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Fong Hin berkata dalam serbuan oleh pasukan petugas khas mendapati beras bergred Super Special Tempatan 5% (SST5) ditemui dalam kampit jumbo disorok dalam gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen.


Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996, jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau digantung lesen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page