Ahli Parlimen Sg Petani dapatkan taklimat bencana ribut



Ahli Parlimen Sg Petani Datuk Johari Andul semalam berkunjung ke Bilik Gerakan Bencana seliaan Angkatan Pertahanan Awam bertemu dan mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di sekitar parlimen beliau.

Datuk Johari (berbaju batik) mendapatkan taklimat

"Pihak Angkatan Pertahanan Awam memberikan taklimat dan perincian mengenai kejadian bencana tersebut.


"Saya juga sempat berbincang dengan pegawai-pegawai yang bertugas di bilik gerakan bagi mengetahui jumlah mangsa-mangsa yang terlibat serta mengenalpasti bentuk bantuan susulan yang boleh diberikan kepada mereka.


"Jutaan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam serta agensi lain yang bertungkus-lumus berkhidmat bagi memastikan kesejahteraan mangsa-mangsa yang terlibat, berada dalam keadaan baik serta terurus," katanya.


Dalam ribut yang melanda Sungai Petani pada 1 April itu beberapa kediaman penduduk rosak teruk, terutamanya di bahagian bumbung yang tercabut akibat angin kencang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER