Ahli Parlimen Sg Petani beri bantuan kepada mangsa ribut Uptown



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberi sumbangan bantuan kepada peniaga yang menjadi mangsa ribut di Uptown Sungai Petani semalam


Menurut beliau, ribut yang berlaku pada 22 Julai lalu telah merosakkan barangan jualan dan khemah para peniaga berkenaan.


"Malam ini (23 Julai), saya turun padang bertemu serta bertanya khabar mengenai keadaan mereka. Saya dimaklumkan ramai peniaga yang terjejas ekoran daripada kejadian tersebut.


"Peniaga yang terlibat mengalami kerugian apabila khemah serta barang perniagaan rosak akibat dibadai ribut.


"Sumbangan kewangan telah disalurkan kepada mangsa-mangsa terjejas melalui Puan Zaiton Zainon yang merupakan Setiausaha Persatuan Peniaga Uptown Sungai Petani," katanya.


Selain sumbangan itu, Datuk Johari juga berdialog dengan para peniaga yang membangkitkan beberapa isu seperti penambahbaikan fasiliti, naiktaraf tapak Uptown Sungai Petani serta beberapa lagi permasalahan yang berkaitan.


Beliau berjanji akan cuba membantu dan membangkitkan perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi memastikan kebajikan serta keselesaan para peniaga terjamin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER