top of page

Ahli Parlimen Sg Petani beri bantuan Deepavali



Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammad Taufiq Johari semalam meraikan masyarakat India yang akan menyambut Deepavali pada minggu hadapan.


Beliau memberi bantuan perayaan kepada 300 penganut Hindu pada majlis di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani.


"Menjelang perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi, pada petang ini, satu majlis Sambutan sempena perayaan tersebut peringkat Parlimen Sungai Petani telah berlangsung di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani

"Sambutan ini adalah inisiatif daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani bagi menghadirkan sedikit keceriaan buat masyarakat kaum India dalam persiapan mereka bagi menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini," katanya.


Dr Taufiq berharap majlis sambutan tersebut akan lebih mewarnai Deepavali yang akan disambut pada Isnin hadapan.


"Semoga inisiatif ini dapat menghadirkan sinar kegembiraan dan membantu meringankan beban para penerima menjelang perayaan tersebut tidak lama lagi.


"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama dan membantu dalam menjayakan majlis ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page