top of page

Ahli Parlimen Sg Petani berdialog bersama anak muda

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Nov 28, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari kelmarin mengadakan sesi santai bersama anak muda Sungai Petani bagi berkongsi idea dan pandangan secara lebih terbuka.


Program di Central Square Sungai Petani itu diadakan selepas Dr Taufiq melawat gerai dan kiosk yang menempatkan pelbagai produk anak muda di sana.


"Saya kesempatan bertemu secara terus bersama anak-anak muda hebat di sini.


"Saya turut luangkan masa mendekati mereka bagi berkongsi idea dan pandangan secara lebih terbuka.


"Respon yang ditunjukkan oleh mereka yang saya temui cukup baik dan ini memudakan saya untuk lebih memahami keperluan golongan ini," katanya.


Dr Taufiq juga teruja kerana program usaha niaga melibatan anak muda berkenaan turut menarik kehadiran dari luar Sungai Petani sejauh Perlis dan Pulau Pinang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page