Ahli Parlimen Sg petani bantu pesakit strok



Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani baru baru ini menziarahi seorang nelayan yang terlantar akibat serangan strok.


Menurut Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul, Mohd Soufi Md Zain, 37, yang menetap di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda diserang strok pada awal Ramadan lalu dan sekarang mengalami lumpuh sebelah badan.


"Kehidupan Soufi waktu ini berubah sama sekali. Malah beliau turut mengalami kesukaran untuk bertutur seperti sebelumnya.


"Soufi kini dijaga serta diuruskan secara bergilir-gilir oleh abang dan anak saudara beliau.


"Prihatin dengan nasib yang menimpa Soufi, Dr Taufiq mewakili saya menziarahi beliau, serta turut melakukan pemeriksaan kesihatan untuknya," kata Johari.


Selain itu, pihak Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani juga membantu Soufi untuk memohon bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Dalam ziarah itu sumbangan kewangan dan bakul makanan dari Ahli Parlimen Sungai Petani diberi kepada Soufi bagi meringankan beban yang ditanggung beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER