top of page

Ahli Parlimen Sepanggar hulur bantuan 18 rumah terlibat kebakaran



Sebanyak 18 isi rumah yang terlibat kebakaran di Jalan Saga Likas menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi setiap keluarga daripada Pejabat Parlimen Sepanggar.


Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud ketika menyampaikan sumbangan itu berharap ia digunakan sebaik mungkin terutama untuk membeli barangan keperluan anak-anak yang akan bersekolah bulan hadapan.


"Pejabat Parlimen Sepanggar bersedia menghulurkan bantuan sekiranya ada keperluan lain untuk mangsa kebakaran ini," katanya.


Tambah Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah itu lagi, pihaknya sedang membincangkan bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk penempatan dari segi penempatan baharu.


"Bantuan tambahan seterusnya akan difikirkan kemudian termasuk perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Kebajikan serta agensi berkaitan lain.


"Perbincangan juga akan melihat bagaimana untuk menempatkan mangsa kebakaran selepas ini ataupun merancang semula kawasan yang sesuai untuk mereka," katanya.


Dalam pada itu beliau juga menasihatkan masyarakat di kawasan Sepanggar ini agar sentiasa peka dan berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik semasa musim perayaan ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page