top of page

Ahli Parlimen Pulai angkat sumpah hari ini


Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat, hari ini.


Suhaizan mengangkat sumpah selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor, pada 9 September lalu dengan majoriti 18,641 undi.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengucapkan tahniah kepada Suhaizan atas pelantikan itu dan berharap beliau dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.


"Saya berharap dengan selesai majlis angkat sumpah ini, Yang Berhormat akan mula menjalankan amanah sebagai Ahli Dewan Rakyat dengan penuh tanggungjawab.


"Saya menyeru kepada ahli Yang Berhormat dapat memberi sumbangan berfaedah dan bermakna kepada dewan ini, seterusnya kepada rakyat dan negara," katanya.


Sebagai rekod, selain PRK Parlimen Pulai Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia pada 23 Julai lalu.


Selain itu, rakannya Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri mengangkat sumpah selaku ADUN Simpang Jeram pada 14 September lalu.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page