top of page

Ahli Parlimen PH Wilayah kempen 'vaksin selamat' selepas terima suntikan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 16, 2021
  • 1 min read

ree

Sebahagian Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima suntikan vaksin Covid 19 di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Titiwangsa, semalam.


Kesemua Ahli-ahli Parlimen tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit menerima suntikan sebelum meninggalkan PKD tersebut.


Sebelum keluar mereka sempat bergambar untuk kempen 'Vaksin Selamat' dan menggalakkan orang ramai mendaftar kempen vaksinasi Covid 19 kebangsaan.


Beberapa ahli Parlimen Wilayah yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan lain-lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page