Ahli Parlimen Petaling Jaya serah cek bantuan kawasan
- Redzuan Shamsudin
- Jun 5, 2022
- 1 min read

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Ching Abdullah semalam menyerahkan cek bantuan peruntukan membaiki kemudahan awam di kawasannya.
Peruntukkan outright grant itu, kata Maria adalah bagi pembaikan kerosakan di sekolah-sekolah, masjid dan surau di sekitar Petaling Jaya.
"Peruntukkan ini adalah bagi Projek Mesra Rakyat (PMR) Pejabat Parlimen Petaling Jaya di bawah Unit Penyelarasan Perlaksaan (ICU JPM)," katanya.
Penerima sumbangan kali ini adalah Surau Al Muhajirrin, Lembah Subang 2; Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Glenmarie dan Masjid Jumhuriah, Taman Dato' Harun.
Comments