top of page

Ahli Parlimen Petaling Jaya mahu kerajaan teliti semula projek tertentu Persekutuan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 19, 2022
  • 1 min read


Beberapa projek Kerajaan Persekutuan di Petaling Jaya perlu diteliti semula, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.


Beliau yang menghadiri Mesyuarat Bersama Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Pejabat Pembangunan Wilayah Persekutuan, Sunway Putra Tower semalam berkata demikian seusai mesyuarat berkenaan.


"Mesyuarat ini bertujuaan memohon penjelasan serta berbincang berkenaan hal2 berbangkit dalam pelaksanaan serta permohonan peruntukan Projek Mesra Rakyat.


"Ketika mesyuarat tersebut, saya telah membawa isu isu yang dilihat sebagai rumit dan tidak relevan bagi diteliti semula oleh pihak ICU JPM bagi memastikan akauntabiliti dan ketelusan pelaksanaan projek," katanya.


Tuurt sama dalam mesyuarat itu adalah Ahli ahli Parlimen Wilayah Persekutuan seperti Teresa Kok, Fahmi Fadzil, Lim Lip Eng, Hannah Yeoh, P. Prabakaran dan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew.



Maria Chin (kiri) ketika menghadiri mesyuarat Pejabat Pembangunan Wilayah Persekutuan

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page