Ahli Parlimen Permatang Pauh rasmikan bot koperasi wanita



Koperasi Ibu Tunggal dan Wanita SPT berjaya mengusahakan dua bot pelancongan di Jeti Nelayan, Kampung Terus, Penanti, Pulau Pinang.


Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang merasmikan bot berkenaan, peluang perniagaan pelancongan dengan bot berkenaan akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.


"Semalam saya sempat merasmikan bot pelancongan koperasi ibu tunggal dan wanita SPT di Jeti Nelayan, Kampung Terus


"Sumbangan dua bot pelancongan yang diberi nama bot ‘Che Wa’ dan bot ‘Kak Wan’ ini akan digunakan oleh wanita-wanita dan ibu tunggal bagi menjana pendapatan sampingan," katanya.


Majlis perasmian itu turut dihadiri Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, merangkap ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin


Sebelum memulakan majlis, ustazah Fatiyah sempat mengadakan tazkirah menyambut Ramadan.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER