Adik Khayla Adha Mirza Imran, 6 tahun, yang sebelum ini mendapat sumbangan derma orang ramai untuk kos pembedahan penyakit tulang rapuh kini memerlukan pembedahan kali kedua.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang membantu Khayla pada kali pertama, kos pembedahan kedua telah berjaya digenapkan pada 2 Mei lalu.
"Alhamdulillah, Syawal tahun ini lebih bermakna rasanya buat saya beserta keluarga besar team Permatang Pauh bila dapat bertemu dengan Adik Khayla Adha Mirza Imran yang comel, gigih di samping keluarga tersayang
"Berkat sumbangan orang ramai, pejabat kami, akhirnya semalam, sehari sebelum Aidilfitri berjaya membantu melengkapi yuran pembedahan Khayla setelah pembedahan pertama tidak membuahkan hasil lagi bagi memastikan Khayla dapat berjalan," katanya.
Nurul Izzah meminta orang ramai mendoakan agar pembedahan kali kedua Khayla berjaya di samping mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semuruh rakyat Malaysia.
Comments