top of page

Ahli Parlimen, Penyelaras DUN Layang Layang ziarah mangsa kebakaran Simpang Renggam

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 9, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dan Penyelaras KEADILAN DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani (gambar, tiga dari kanan) baru baru ini menziarahi mangsa kebakaran di Bandar Renggam


Menurut Faizul, bangunan yang hagus terbakar merupakan deretan rumah tradisional berusia 140 tahun milik beberapa penghuni berbangsa Cina.


"Saya bergegas ke Bandar Renggam menziarah tempat kejadian kebakaran. Turut hadir Uncle Wong Yun Chin, YB Dr Maszlee Malik dan Team Bencana Parlimen Simpang Renggam.


"Rumah yang hampir berusia 140 tahun telah musnah dimamah api pada jangka masa yang cukup pendek.


"9 keluarga telah kehilangan harta benda dan juga tempat berlindung. Kebanyakan keluarga menghadapi kerugian yang tinggi kerana mereka sudah membuat persediaan untuk menyambut Tahun Baharu Cina dengan membeli pelbagai kelengkapan. Cabaran yang cukup berat bagi mereka pada awal tahun ini," katanya.


Tambah Faizul, mangsa kebakaran kemudiannya di tempatkan di balai raya berdekatan sementara menunggu bantuan selanjutnya.



MP Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut menziarahi mangsa kebakaran

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page