Ahli Parlimen pembangkang akan terus dipujuk, ditekan berkhianat - Fahmi



Pemergian Dr Xavier Jayakumar mungkin bukan yang terakhir dan episod 'membeli' dan 'menekan' Ahli Parlimen pembangkang.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, akan ada lagi episod-episod seterusnya kerana kerajaan Perikatan Nasional masih belum kukuh biar pun telah mencapai kedudukan 112 kerusi daripada 220 kerusi Parlimen.


"Sama ada pada minggu atau bulan akan datang, bagi saya ia tidak akan berhenti (cubaan berpaling tadah) dan akan bertambah kuat. Saya rasa iman Ahli-ahli Parlimen pembangkang akan terus diuji. Tidak mustahil ramai yang akan terkesan akibat ugutan, sama seperti yang berlaku kepada Dr Xavier," katanya selepas majlis perasmian Kedai Chatime di Desa Mentari Petaling Jaya, semalam.


Bagi kes Dr Xavier, kata Fahmi, sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak menjalankan tugas secara profesional amatlah dikesalkan.


"Kita sedar, asalnya kes SPRM tidak berkait dengan dia (Xavier) tetapi cara SPRM menulis kenyataan media memberi bayangan bahawa walaupun SPRM bergerak (menyiasat) tetapi ada tekanan politik di keliling. Bagi saya sukar untuk saya nafikan tempias politik daripada siasatan SPRM itu tidak terkena kepada Dr Xavier.


"Jadi ramai netizen bertanya adakah beliau keluar kerana kes tertentu? Dia sama seperti Larry Sng, Ahli Parlimen Julau dan Ahli Parlimen Tebrau. Bagi mereka kes-kesnya mungkin melibatkan agensi lain. Itu mungkin berlaku," katanya.


Bagaimanapun, menurut Fahmi, insiden 'melompat parti' itu sedikitnya telah memberi pengajaran kepada KEADILAN agar mengutamakan calon-calon yang setia dan tahan uji untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.


"Yang kita perlu pelajari daripada episod ini ialah pemilihan calon yang betul, yang taat kepada perjuangan parti dan tidak mudah tumbang akibat ugutan atau umpan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER