top of page

Ahli Parlimen Pasir Gudang rayu Menteri Perumahan bantuan mangsa puting beliung



Ahli Parlimen pasir Gudang, Hassan Abdul Karim merayu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Rezal Merican Nina Merican menghulurkan bantuan kepada mangsa puting beliung di DUN Johor Jaya pada 12 Ogos lalu.


Dalam surat terbuka beliau, Hassan memaklumkan 6 blok rumah pangsa di Jalan Rosemerah 3/3 Taman Johor Jaya telah tercabut bumbungnya diterbangkan ribut kencang.

Hassan melawat tempat kejadian

"Sebanyak 22 keluarga rumah pangsa tersebut yang menjadi mangsa kini ditempatkan di Dewan Awam di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya.


"Dengan hal yang demikian, saya selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang memohon kepada YB Menteri supaya menyalurkan apa jua peruntukan yang ada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk segera membaik pulih bumbung rumah-rumah pangsa yang rosak itu.


"Kerjasama dan tindakan pantas YB Menteri amat diharapkan untuk membolehkan mangsa-mangsa angin ribut tersebut dapat pulang ke rumah mereka masing masing," katanya dalam surat terbuka berkenaan.

0 comments

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page