top of page

Ahli Parlimen Pandan tinjau projek bina tembok pemisah

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 2, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini melawat projek pembinaan tembok pemisah di antara kawasan perumahan di kawasan parlimen beliau.


Permintaan membina tembok tersebut telah disuarakan penduduk sekitar sejak beberapa lama atas beberapa faktor termasuk keselamatan di kawasan berkenaan.


Sehubungan itu, pihak Pejabat Khidmat Masyarakat Pandan telah meminta kerjasama Kerajaan Selangor dan pihak pemaju bagi membina tempok berkenaan


"Bersama YB Ir Izham Hashim dalam Majlis Serahan dan Lawatan ke Tapak Pembinaan Tembok Pemisah (Hoarding) di antara Kawasan Setinggan dan Taman Perumahan Teres di Jalan Pandan, Pandan Jaya.


"Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati," kata Dr Wan Azizah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page