top of page

Ahli Parlimen Pandan serah bantuan bakul makanan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 12, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengagihkan bantuan bakul makanan di Dewan Komuniti Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur, semalam.


Menurut Ketua Angkatan Muda Pandan, saudara Syafiq, serahan dibuat kepada sekitar 600 penduduk yang memerlukan bantuan di kawasan berkenaan dan telah mendaftar.


"Pemohon perlu isi borang secara online. Kemudian saya masukkan nama mereka ke dalam group.


"Kita ada spread sheet yang justify mereka. Daripada data mentah Google Form kita keluarkan 600 orang.


"Bagaimanapun nama-nama yang tercicir kita akan semak semula," katanya.


Sumbangan diberikan kepada beberapa fasa. Agihan semalam merupakan fasa 2. Kandungan bakul makanan tersebut terdiri daripada beras, telur, sardin, minyak masak, bihun dan lain-lain.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page