top of page

Ahli Parlimen PH masih belum penat, rakyat teruskan menyokong



Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) masih belum kepenatan mencuba satu demi satu Undi Belah Bagi untuk menggagalkan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.


Bagi Ketua Whip Ahli-Ahli Parlimen Parti AMANAH Negara, Hasanuddin Mohd Yunus ibarat bermain bola sepak ,11 Ahli Parlimen parti itu masih cergas di atas padang biar pun penonton mungkin telah letih melihat babak-babak yang tidak memihak kepada mereka.


"Kami masih perlukan tempikan dan sorakan penonton


"Kami perlukan coach mengherdik kami dari tepi padang tu.


"Kami 11 pemain bola ini masih kental lari sana lari sini mengejar bola di padang. Tidak pula mengeluh kepenatan walaupun sudah tambah masa banyak kali. Anda semua sudah kepenatan ke?


"Ayuh! Terus bersama perjuangan ini," katanya dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Hulu Langat itu meminta agar rakyat terus menyokong pembangkang di Parlimen sehingga detik muktamad pengundian Belanjawan 2021 pada 15 Disember hadapan.


"Kami percaya anda ada tersinggung di sana sini, tapi demi Allah dan perjuangan ini, kami masih perlukan anda dan kami tetap percayakan anda wahai ahli-ahli Amanah di seluruh tanah air," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page