top of page

Ahli Parlimen Ledang anjur program balik ke sekolah

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 28, 2020
1 min read


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menganjurkan program kembali ke sekolah di dua DUN dalam kawasan beliau.


Menurutnya, program tersebut dibuat bagi membantu ibu bapa yang kurang kemampuan bagi mempersiapkan peralatan untuk persekolahan anak-anak mereka.


"Alhamdulillah, telah berlangsung program Kembali Ke Sekolah Parlimen Ledang 2020 bagi DUN Gambir dan DUN Serom.


"Kita cuba bantu sehabis baik. Terima kasih kepada pihak yang bekerjasama. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban ibu-bapa dalam persiapan sekolah anak-anak," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sukarelawan di Ledang yang giat membantu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page