top of page

Ahli Parlimen Labuan nyatakan sokongan kepada PM Anwar Ibrahim




Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman merupakan ahli politik dari Bersatu-PN yang terbaharu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dr Suhaili memberi alasan kesukaran penduduk di kawasan parlimennya untuk mendapatkan bantuan sebagai penyebab beliau menyokong Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan pembangunan rakyat.


"Setelah mempertimbangkan dengan teliti dan secara terperinci akan rintihan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, berdepan dengan masalah bekalan air dan masalah bekalan elektrik sejak hampir 15 tahun, namun tindakan yang diambil untuk mengatasi semua itu bolehkah dikatakan sebagai melepas batuk di tangga.


"Maka mengambil kira ke atas semua permasalahan rakyat Labuan yang saya nyatakan, saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, PM Malaysia ke 10 bermula dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau dalam kenyataan sama turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang disifatkannya banyak membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah dalam menyediakan peluang pekerjaan serta perniagaan secara kecil kecilan.


Bagaimanapun, dalam masa sama Dr Suhaili menyatakan beliau masih tetap Ahli Parlimen dari parti Bersatu yang taat setia kepada parti, dan beliau bersedia menerima sebarang tindakan di atas sokongan yang diberikan kepada pihak pemerintah.


"Meskipun berkemungkinan akan berdepan dengan risiko tindakan disiplin daripada parti namun saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi di kawasan saya terbela dari terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku.


"Saya dengan ini menyokong dasar dasar dan inisiatif kerajaan dalam hal yang mengutamakan usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang," katanya lagi.


Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah menyatakan sokongan kepada PM kerana khuatir rakyat di kawasannya ketinggalan dari segi pembangunan.


Pembangkang PN sejak kebelakangan ini bergolak berikutan keengganan pemimpin tertinggi mereka berunding untuk mendapatkan peruntukan parlimen sebagaimana ditawarkan oleh PM.


Keengganan tersebut menyebabkan beberapa Ahli Parlimen PN menyatakan sokongan secara individu kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page