Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu serah bantuan mangsa ribut



Kejadian ribut di Kulim beberapa minggu lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Semalam beliau menyerahkan bantuan kewangan kepada beberapa orang mangsa terbabit.


"Di masjid Taman Kenari Kulim saya hulurkan bantuan tunai kepada keluarga mangsa ribut kejadian 3 minggu lepas. Terima kasih kepada pengurusan masjid yang menyusun majlis ringkas," katanya.


Di samping itu, Saifuddin juga menyerahkan bantuan kepada pengusaha makanan ringan yang telah memohon bantuan di pusat khidmat beliau sebelum ini.


"Di Gunung Bongsu saya serahkan sumbangan mesin pengisar tepung kepada Puan Nor Hashinun Hashim.


"Beliau menjual kuih tradisional seperti kuih loyang, rempeyek dan sebagainya. Kepada pakcik Hashim dan anak-anaknya seisi keluarga, semoga senantiasa dimurahkan rezeki dan sukses dalam perniagaan," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER