Ahli Parlimen KEADILAN kemuka 12 soalan panas dalam sidang Parlimen


Sidang Dewan Rakyat bagi urusan mesyuarat kedua, penggal ketiga Parlimen Ke-14 akan bermula esok, 13 Julai.


Sidang akan berlangsung selama 25 hari dan akan berakhir pada 27 Ogos.


Beberapa Ahli Parlimen KEADILAN sudah pun menyediakan 12 soalan dalam sesi jawab lisan bagi mendapatkan segala jawapan terhadap pelaksanaan dan rancangan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Berikut merupakan soalan-soalan tersebut, berdasarkan dokumen Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang disiarkan oleh Parlimen Malaysia:


Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Ahli Parlimen Pandan


Minta PERDANA MENTERI menyatakan persediaan dan tindakan yang diambil Kementerian dalam menangani dan mengukuhkan keselamatan siber negara hingga ke peringkat individu berikutan peningkatan kes penggodaman semasa PKP sebanyak 80.5% sebagaimana yang dilaporkan oleh CyberSecurity Malaysia melalui Berita Harian bertarikh 26 Mei 2020.


Datuk Johari bin Abdul - Ahli Parlimen Sungai Petani


Minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan pendaftaran pengundi secara automatik dan penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun. Apakah kekangan, jika ada yang dihadapi oleh SPR bagi mempercepat pelaksanaan kedua-dua perkara tersebut.


R. Sivarasa - Ahli Parlimen Sungai Buloh


Minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini usaha memansuhkan hukuman mati mandatori dan sama ada Kerajaan baharu akan meneruskan usaha ini.


Noor Amin Ahmad - Ahli Parlimen Kangar


Minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada imbangan dagangan (balance of trade) negara.


Syed Ibrahim Syed Noh - Ahli Parlimen Ledang


Minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Kerajaan dalam usaha penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen dan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.


R. Sivarasa - Ahli Parlimen Sungai Buloh


Minta PERDANA MENTERI menyatakan alasan Kerajaan baru menarik balik pendakwaan Riza Aziz atas 5 tuduhan undang-undang anti penyeludupan wang haram yang melihatkan wang haram lebih kurang USD 248 juta atau RM1.064 bilion.


Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid - Ahli Parlimen Kapar


Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan komitmen untuk membina sebuah hospital dalam kawasan Kapar yang mempunyai keperluan terlalu tinggi dengan kepadatan penduduk seramai lebih 200,00 orang penduduk.


Prabakaran Parameswaran - Ahli Parlimen Batu


Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah persediaan yang telah Kementerian tetapkan jika negara berdepan dengan gelombang kedua COVID


Nurul Izzah binti Anwar - Ahli Parlimen Permatang Pauh


Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pelan Kementerian menyokong penghasilan ubatubatan versi generik menerusi perlesenan wajib yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 bagi ubat Hepatitis C, Sofosbuvir, dalam usaha mengurangkan harga pasaran ubatan terbabit agar ianya dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat terutama golongan B40.


Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Ahli Parlimen Wangsa Maju


Minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan perancangan program pembangunan seperti menambah baik sistem perparitan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan kampung di Wangsa Maju.


Kesavan Subramaniam - Ahli Parlimen Sungai Siput


Minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar kemiskinan terkini serta status penyemakan semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) supaya lebih menggambarkan masalah kemiskinan sebenar masyarakat Malaysia.


Chan Ming Kai - Ahli Parlimen Alor Setar


Minta PERDANA MENTERI menyatakan apa perkembangan terkini mengenai keputusan memberi hak bekerja secara sah kepada orang pelarian dan apakah kandungan polisi yang dicadangkan.



PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio