Ahli Parlimen KEADILAN isi jawatan penting SEAPAC
- Redzuan Shamsudin
- Mar 8, 2023
- 1 min read

Dua Ahli Parlimen KEADILAN mengisi jawatan utama dalam organisasi rangkaian Ahli Parlimen Asia Tenggara memfokuskan isu-isu berkaitan rasuah dan tadbir urus.
Menurut kenyataan Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar telah dihantar menyertai persidangan Southeast Asia Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC) Conference and General Assembly yang diadakan di Bogor, Indonesia pada 26 Feb hingga 1 Mac 2023 lalu.
Dalam persidangan itu, Lee Chean Chung telah dijemput untuk menjadi salah seorang panelis dalam sesi pertama yang bertajuk “Addressing the Root of Political Corruption in Southeast Asia: Parliaments’ Role in Regulating and Monitoring Political Finance”.

"Tuan Lee Chean Chung telah menyampaikan ucapan bertajuk “Malaysia’s Experience in Regulating Political Finance”
"Dalam persidangan ini juga, Tuan Lee Chean Chung dilantik sebagai Naib Pengerusi manakala Onn bin Abu Bakar sebagai Ahli Jawatankuasa dalam organisasi Southeast Asia Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC). Organisasi ini diketuai oleh Hon. Dr. Fadhli Zon dari Indonesia," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, SEAPAC ditubuhkan di Manila, Filipina pada 31 Mac 2005 dan menjadi ogranisasi serantau bagi Global Organization of Parliamentarians against Corruption (GOPAC).
Antara matlamat SEAPAC adalah untuk mewujudkan rangkaian penggubal undang-undang dalam memerangi rasuah melalui model dan kerangka politik.
Selain daripada itu, SEAPAC juga turut menggalakkan pembinaan kapasiti, pertukaran makluman dan amalan terbaik serta penyelidikan berterusan dalam kalangan ahli.
Comments