
Pandemik Covid 19 yang belum berakhir ditambah banjir besar melanda Selangor tempoh hari menyebabkan penduduk perlukan bantuan bagi meringankan beban hidup.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sejak beberapa minggu ini membekalkan makanan bermasak kepada penduduk Kapar melalui kaedah serahan di jalan jalan utama.
Edaran makanan itu katanya, diharap akan mengurangkan perbelanjaan rakyat terutama bagi kumpulan B40.
"Hari ini saya teruskan lagi Program Edaran Makanan Percuma berupa Nasi Ayam Pedas Korea di Bandar Sultan Suleiman. 300 bungkus habis diedarkan," katanya.