
Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid tidak melepaskan peluang bersama penduduk Kampung Delek dalam aktiviti gotong royong melapah daging korban pada Hari Raya Aidiladha kedua, semalam.
Aktiviti yang telah 3 tahun tidak dapat dilakukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan itu kali ini dihadiri ramai penduduk kampung.
"Saya hadir di dewan orang ramai Kampung Delek bagi menyaksikan dan bersama Tok Ketua dan AJK kampung serta penduduk melapah dan memasak daging korban.
"Sebahagian daging korban diagihkan kepada asnaf dan penduduk kampung.
"Sebahagiaanya pula dimasak dan dijamu kepada penduduk yang hadir.
"Semoga setiap pengorbanan kita diredhai Allah," katanya.
Abdullah turut sama mengagihkan sup daging yang dimasak penduduk setempat untuk jamuan makan tengah hari.
