Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menganjurkan program pemberian juadah berbuka puasa di sepanjang Ramadan di kawasan Parlimennya.
Menurut Abdullah yang juga penyelaras DUN Sementa, program pemberian juadah kepada para pemandu kenderaan di jalan raya itu akan dilaksanakan setiap hari sekiranya cuaca baik.
"Petang ini kita ke lapangan untuk memberikan pemberian berbuka puasa kepada penduduk. Kita bermula di Rantau Panjang, semalam kita di kampung Delik, Kelang.
"Seterusnya hari-hari kita akan adakan program menyantuni rakyat untuk bersama-sama menyambut bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya mereka ada penambahan juadah berbuka puasa dari pejabat DUN Sementa dan Parlimen Kapar.
"Kita anjurkan ini sepanjang Ramadan sekiranya cuaca menginzinkan," katanya.
Comments