top of page

Ahli Parlimen Johor Bahru prihatin masalah pemandu bas

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 15, 2020
1 min read


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir baru-baru ini mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil pengusaha dan pemandu ‘Bas Pekerja’ di pejabat Parlimen Johor Bahru.


Menurut Akmal, pertemuan itu diadakan susulan perbahasan beliau di Dewan Rakyat yang mempertahankan kebajikan pemandu-pemandu bas ekspres.


"Mereka mengharapkan nasib mereka didengari.


"Selain isu mereka berkongsi keresahan kerana pendapatan terjejas dan penutupan sempadan Johor-Singapura, juga dibangkitkan masalah pinjaman kredit serta pembaharuan permit.


"Beberapa mesyuarat dengan pihak yang berkenaan masih menemui jalan buntu.


"Mereka juga ada memohon pertemuan dengan seorang menteri, namun selepas berbulan-bulan pejabat beliau masih tidak memberikan masa untuk berjumpa," katanya.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu lagi, walaupun mereka pengusaha-pengusaha kecil namun telah menyumbang kepada ekonomi negara. Kerajaan sepatutnya mengkaji masalah pengusaha dan pemandu untuk mencari jalan penyelesaian.


"Bagi saya, walaupun kamu Menteri, apa salahnya berjumpa dulu," sinis Akmal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page